Tuesday 6 December 2011

Keunikan Budaya Baba dan Nyonya

MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya dikenali juga sebagai kaum Peranakan dan mereka merupakan kaum miroriti yang tinggal di negeri Melaka. Menurut sejarah, masyarakat ini telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah berjaya menarik ramai pedagang dari luar termasuk dari China untuk berdagang di Melaka. Pedagang-pedagang dari China ini berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya..
Baba Nyonya atau peranakan merupakan  masyarakat unik kerana memiliki dua budaya warisan tradisi Cina yang pada masa sama mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.              

Agama
Bagaimanapun, dari segi anutan, Kebanyakan masyarakat ini masih mengamalkan agama anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan terdapat juga yang telah menukar agama ke Agama Islam dan juga Kristian.

 Masakan
            Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah hidangan seperti amalan masyarakat Melayu.


Kuih-muih
Kepakaran masak komuniti Nyonya merupakan sati lagenda. Dengan herba dan rempah, makanan itu sangat sempurna di campur pula dengan nasi putih yang dimasak secara stim sementara pencuci mulut dan kuih adalah petanda kepada kelembutan dan peribadi yang berwarna warni.


Pakaian Baba dan Nyonya
            Generasi Nyonya (perempuan) yang terdahulu sehingga kini masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai kebaya nyonya merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.

Pertuturan
Selain berbahasa Melayu, mereka juga mampu bertutur dalam bahasa Hokkien manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan bangsa Cina.

 Perkahwinan
Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh didapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.


Adat Perkahwinan Baba Nyonya

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu.
Setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik.
Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.
Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.
Persiapan bilik pengantin juga perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah dibuka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.
           Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' diuruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered By Blogger