Friday, 2 December 2011

Peninggalan Sejarah Dari Zaman Penjajahan


Melaka terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi di sini sejak 600 tahun yang lampau. Kekayaan kebudayaan Melaka yang terdiri daripada berbilang kaum serta suasana keharmonian masyarakat Melaka yang terjalin hasil daripada persefahaman dan usaha kita semua, sememangnya mempesonakan orang asing apabila mereka melawat ke sini.
Dengan fakta sejarah yang bermula sejak kurun ke-14, Melaka sememangnya merupakan satu destinasi yang sesuai untuk pengemar sejarah. Penaklukan Melaka oleh kuasa asing, terutamanya Portugis, Belanda dan British, telah mewujudkan satu identiti Melaka yang unik yang kebanyakannya masih boleh dilihat pada hari ini. Banyak peninggalan sejarah dari zaman penjajahan kuasa besar ini masih gagah berdiri sebagai membuktikan kekayaan sejarah silam Melaka.
Hubungan Melaka dengan dunia luar dan pertukaran kebudayaan yang berkurun lamanya melalui perkahwinan campur antara rakyat tempatan dan pedagang serta kuasa asing, telah mewujudkan kekayaan budaya dan warisan Melaka. Melalui interaksi dan pertukaran sebeginilah wujudnya masyarakat Baba-Nyonya, Eurasian-Portugis dan Chitty, kesemuanya menjadi simbol kepelbagaian budaya dan warisan Negeri Melaka.

No comments:

Post a Comment

Sejarah Melaka

Loading...

Total Pageviews