Friday, 30 September 2011

Melaka - Bandaraya Bersejarah

                  Melaka                    

              
                 
Sejarah negara kita bermula dengan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada sekitar tahun 1400 Masihi.
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Pada masa kegemilangan, Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Kedatangan kuasa luar iaitu Portugis, Belanda dan British menyebabkan Melaka kini mempunyai pelbagai tempat-tempat yang bersejarah. 



Thursday, 29 September 2011

RPH

Rancangan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan

Tahun : 5 Kuning

Bil. Murid : 35 Orang

Tarikh : 19 September 2011

Masa : 10.40pagi – 11.40 pagi ( 60 minit )

Tema : Sejarah Negara Kita

Topik : Kegemilangan Melaka

Subtopik : Pusat Perdagangan

Hasil pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :
1. Menerangkan Melaka sebagai pusat perdagangan.
2. Menceritakan aktiviti perniagaan di Melaka.

Objektif pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Menerangkan Melaka sebagai pusat perdagangan dengan menyenaraikan pedagang
    yang berdagang di Melaka.
2. Menceritakan aktiviti perniagaan di Melaka melalui aktiviti menyenaraikan barang  
     yang diperdagangkan serta membuat pembentangan.
3. Mengkategorikan barang – barang yang diperdagangkan di Melaka mengikut Negara
    yang terlibat.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mempelajari mengenai kegemilangan  
                                         Melaka pada sesi pengajaran sebelum ini.

Nilai–nilai murni : Bekerjasama, berani

Unsur patriotisme : Berbangga dengan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat
                               perdagangan

Bahan bantu mengajar :
Peta Asia Tenggara, lembaran kerja cCari perkataan tersembunyi, kad perkataan nama Negara, bunga cengkih, buah pala, lada hitam, gambar barang dagangan, sampul surat berwarna dan skrip lakonan.

KBKK : Menjana idea, menyelesaikan masalah

Pembelajaran Koperatif     : Perbincangan (Sumbangsaran) , main peranan


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(± 6 minit )
Lakonan untuk mengatikan dengan topik pembelajaran pada hari ini.
1.Guru meminta lima orang murid untuk melakonkan aktiviti perniagaan.
2.Guru memberikan skrip lakonan kepada lima orang murid tersebut.
3.Guru meminta murid-murid lain menonton lakonan tersebut dan seterusnya mengemukakan soalan.
Soalan :
a)Apakah aktiviti yang sedang berlaku?
b)Di manakah berlaku banyak aktiviti jual beli barang?
4.Guru mengaitkan jawapan murid dengan   
topik pelajaran hari ini iaitu  Melaka
sebagai pusat perdagangan.

BBM :
Skrip Lakonan

Nilai murni:  
Menghargai

KBKK  : Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal
Kinestatik

Langkah 1
(± 8 minit )
Menerangkan Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan kepada murid-murid
1.Guru mempersembahkan pengajaran Kegemilangan Melaka melalui Ms Power Point.
2.Guru memberi penjelasan tentang keadaan Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan kepada murid-murid.
3.Murid-murid menonton Ms Power Point dan mendengar penerangan daripada guru dengan teliti.

Kaedah:
Membuat penerangan,
Bersoal jawab

Nilai murni:
Keyakinan

BBM :
Ms Power Point, komputer, projektor LCD

KBKK:
Menyelesaikan masalah
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik

Langkah 2
(±10 minit )
Aktiviti kumpulan :
Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan.


1.Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan.
2.Secara berkumpulan, guru mengedarkan peta Asia Tenggara kosong kepada setiap ahli kumpulan dan kad perkataan yang mengandungi nama-nama Negara yang berdagang ke Melaka.
3.Guru memberikan arahan kepada para pelajar.
4.Pelajar dikehendaki memadankan kad perkataan tersebut dengan peta yang telah disediakan.
5.Guru membuat perbincangan mengenai hasil kerja murid-murid.
6.Guru memberi penerangan mengenai Melaka sebagai pusat perdagangan.

BBM :
Peta kosong untuk
setiap kumpulan, kad perkataan nama Negara.
 
Nilai murni:
Bekerjasama

KBKK : Menjana Idea, menyelesakaikan    
Masalah

Kecerdasan Pelbagai :
Visual-spatial, Interpersonal
  
Langkah 3
(±12 minit )
Demonstrasi
1.Di dalam kumpulan masing-masing, guru membahagikan sampul surat berwarna.
2.Dengan arahan guru, ketua kumpulan dikehendaki membuka sampul tersebut dan membaca tugasan yang diberikan kepada ahli kumpulan masing-masing.
3.Murid-murid dikehendaki menyenaraikan nama-nama barang yang diperdagangkan mengikut tugasan yang diberikan melalui sampul surat tersebut.
4.Selesai melengkapkan tugasan yang diberi, wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan yang diperolehi.
5.Guru memberikan penerangan mengenai hasil pembentangan yang telah diberikan dan membetulkan sekiranya berlaku kesilapan.

BBM :
Sampul surat
berwarna.

Nilai Murni :
 Bekerjasama,  
 berani

KBKK :: Menyelesaikan 
masalah

Kecerdasan Pelbagai :
Interpersonal, verbal - linguistik
          
Langkah 4
(±15 minit )
Aktiviti memadankan gambar-gambar barang dagangan dengan peta yang telah disediakan.

1.Guru meletakkan gambar-gambar barang dagangan di hadapan bersama dengan buah pala, bunga cengkih dan lada hitam.
2.Wakil setiap kumpulan dikehendaki mengambil gambar-gambar dan barang dagangan berdasarkan barang yang telah mereka senaraikan pada aktiviti sebelum ini.
3.Murid-murid dikehendaki menampal gambar-gambar tersebut pada peta yang telah disediakan.
4.Selesai melengkapkan peta tersebut dengan gambar barang dagangan, guru dan murid-murid berbincang mengenai hasil tugasan yang diberikan.

BBM :
Gambar barang
dagangan,
bunga cengkih,
buah pala,
lada hitam, peta

Nilai murni :
Bekerjasama

KBKK :
Menjana idea,
mengklasifikasi

Kecerdasan Pelbagai :
Visual spatial

Penutup
(±9 minit )
Membuat rumusan
1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada
murid-murid.
2.Murid-murid dikehendaki melengkapkan
lembaran kerja tersebut di rumah masing-masing.
3.Secara rawak, murid dikehendaki membuat
rumusan mengenai topik pada
hari ini.
BBM :
Lembaran kerja
  
Nilai murni:
Menghargai

Unsur patriotisme.

Berbangga dengan
Kesultanan Melayu
Melaka sebagai
pusat
perdagangan.

KBKK :
Menyelesaikan
Masalah

Kecerdasan Pelbagai :
Interpersonal




Wednesday, 28 September 2011

Pengenalan Blog

Blog ini adalah berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam blog ini, terdapat pelbagai jenis bahan sumber seperti Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5, rancangan mengajar harian Kajian Tempatan, nota-nota ringkas slide power point, video, slide gambar dan  latihan-latihan yang berkaitan dengan topik-topik Kesultanan Melayu Melaka.
Dalam blog ini, saya telah menyediankan soalan uji minda untuk menguji kefahaman murid-murid. Melalui uji minda ini, murid-murid diberi peluang untuk mengukuhkan penguasaan mereka terhadapt unit-unit yang berkaitan.
Oleh itu, diharapkan segalan bahan sumber yang terdapat di dalam blog ini dapat membantu guru dan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Total Pageviews

Powered By Blogger