Friday 30 September 2011

Melaka - Bandaraya Bersejarah

                  Melaka                    

              
                 
Sejarah negara kita bermula dengan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada sekitar tahun 1400 Masihi.
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Pada masa kegemilangan, Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Kedatangan kuasa luar iaitu Portugis, Belanda dan British menyebabkan Melaka kini mempunyai pelbagai tempat-tempat yang bersejarah. 



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered By Blogger