Sunday 9 October 2011

Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka


                                                                  
                                                             Paramaswara

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara. Melaka telah dibuka oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400.
Parameswara merupakan seorang putera raja Palembang, Sumatera yang beragama Hindu. Pada awalnya, Melaka bukan sebuah kerajaan Islam. Tetapi pada tahun 1409, Parameswara berkahwin dengan puteri Raja Jawa Timur. Kemudian, agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.
Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah bersungguh-sungguh untuk membebaskan Palembang daripada kekuasaan Majapahit, tetapi tidak berjaya.
           
Negara Jawa Timur juga berada di bawah kekuasaan Majapahit. Parameswara telah mengisytiharkan kemederkaan kerajaannya. Beliau enggan tunduk dengan kuasa Majapahit. Oleh itu, kerajaaan Majapahit telah menyerang Parameswara.
Setelah tewas, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik bersama-sama pengikutnya. Di Temasik, Parameswara telah menguasai Temasik. Sebenarnya Temasik berada di bawah naungan kerajaan Siam dan diperintah oleh Temangi iaitu wakil kerajaan Siam. Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Oleh itu, Siam telah menyerang Temasik dan Parameswara telah melarikan diri ke Muar. Di Muar, Parameswara berasa tidak selamat lalu meneruskan perjalanannya ke  arah utara dengan melalui Sening Ulu dan Bernam. Akhirnya, beliau sampai ke kawasan perkampungan nelayan. Perkampungan nelayan diperintah oleh seorang penghulu. Penduduk di perkampungan nelayan terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang asli.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered By Blogger