Monday 10 October 2011

Bagaimana Melaka Mendapat Nama

                                     

a)    Pokok Melaka
Ketika sampai di perkampungan nelayan itu, Parameswara dan para pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok.  Ketika Parameswara sedang berehat, seekor anjing perburuannya telah ditendang oleh seekor pelanduk putih. Kejadiaan itu merupakan sesuatu yang luar biasa  bagi Parameswara. Kemudian, beliau pun memutuskan untuk mendirikan kerajaan di situ. Beliau mengasaskan tempat itu istimewa dan luar biasa. Beliau telah berbincang dengan pengikutnya tentang nama yang sesuai untuk tempat itu. Setelah berbincang, Parameswara telah menamakan tempat itu sempena nama pokok tempat beliau berehat iaitu pokok Melaka.

b)   Istilah Arab
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab. Mereka memanggil Melaka sebagai “Mulaqah” yang bermaksud pertemuan. Melaka juga disebut sebagai “Malaikat”, iaitu perhimpunan segala dagang. 

                                         

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered By Blogger