Saturday 15 October 2011

Kegemilangan Melaka Sebagai Perdagangan Antarabangsa


Pada pertengahan abad ke-15 dan awal abad ke-16, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi tahun 1612, edisi 1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang". Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan sriwijaya yang terletak dipalembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan. Pemerntah Melaka iaitu                
Parameswara merupakan keturunan kerabat diraja Palembang. Parameswara berusaha menjadikan Melaka ebagai sebuah emporium melayu pada abad ke 15. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana terdapat faktor geografi iaitu kedudukan Selat Melaka iaitu dipersimpangan jalan laut dari India dan China ataupun timur dan barat. Di sini fungsi Melaka iaitu sebagai perlabuhan persiggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka. Perlabuhan Melaka terlindung dari angin dan jjauh dari paya bakau, pintu perlabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh.
Terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang semenanjung iaitu mengikut kawasan pengangkutan iaitu Penarikan yang bersambung ke jalan sungai Muar-Pahang iaitu membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu pahang. Iklim juga berperanan dalam menentukan perdagangan di Melaka.
Terdapat dua jenis angin yang bertiup iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya dimana kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Oleh itu, pedagang dari barat dan timur tidak pernah berjumpa akibat tiupan angin yang berlainan musim tadi. Malah lalulintas laut ditentukan oleh angin monsun. Oleh itu, mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan iaitu meletak barang dagangan digudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada monsun yang satu lagi. Sultan telah menyediakan semua kemudahan fizikal dan material di perlabuhan entrepot contohnya raja Iskandar Syah telah menyediakan kemudahan, dorongan ke arah menjadikan Melaka pusat perdagangan seperti bendajara, syahbandar, laksamana dan penghulu bendahari.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Powered By Blogger